1News Online:
Home » , , » Surea Semakin Hebat: Gerrard

Surea Semakin Hebat: Gerrard

Tuesday, January 1, 2013 | 8:56 AM


GERRARD (kiri) memeluk Suarez yang meledakkan dua gol ketika membantu Liverpool menewaskan QPR 3-0 awal pagi semalam.

LONDON - Kapten Liverpool, Steven Gerrard melabel Luis Suarez sebagai 'ahli silap mata'.

Gerrard memberikan pujian tersebut selepas penyerang Uruguay itu meledakkan dua gol untuk membantu skuad The Reds membelasah Queens Park Rangers (QPR) 3-0 di Loftus Road awal pagi semalam.

Penyerang Uruguay berusia 25 tahun itu menampilkan aksi cemerlang apabila meledakkan dua gol ketika permainan baru bermula 16 minit, sekali gus menghidupkan semula peluang Liverpool dalam kempen Liga Perdana England musim ini.

Suarez tampil dengan skil individu yang menarik, sekali gus membuktikan Liverpool tidak membuat pembelian yang salah untuk membayar £22 juta (RM108 juta) bagi mendapatnya khidmatnya daripada Ajax Amsterdam pada 2011.

"Dia merupakan seorang ahli silap mata," kata Gerrard kapten skuad kebangsaan England itu.

"Dia sungguh cemerlang sejak tiba di kelab ini. Para pemain ini (QPR) hanya bertemunya sebanyak dua kali dalam tempoh setahun tetapi kami berlatih bersamanya setiap hari.

"Setiap minggu, dia berjaya membuktikan kehebatannya."

Bagaimanapun, kehidupan Suarez di Stadium Anfield tidak semudah yang digambarkan apabila dia sering terbabit dalam kontroversi sepanjang dua tahun bersama skuad Merseyside itu.

Suarez digantung lapan perlawanan dan didenda £40,000 selepas didapati bersalah terbabit dalam kontroversi dengan pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra tahun lalu.

Situasi tersebut telah menyebabkan Suarez enggan berjabat tangan dengan pemain antarabangsa Perancis itu sebelum kedua-dua pasukan bertemu di Old Trafford.

Suarez sekali lagi didenda kerana membuat isyarat lucah di Fulham sebelum reputasinya sebagai 'penerjun' menjadi bualan hangat kerana sering menjatuhkan diri dalam kawasan kotak penalti.

Namun, selepas meledakkan tujuh gol daripada 12 penampilan sejak awal November lalu telah membuktikan kehebatannya, sekali gus berpeluang untuk membantu Liverpool mendapatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik pada kempen liga domestik musim ini. - Reuters

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger