1News Online:
Home » , » Tahun 2012 Luar Biasa Bagi Falcao

Tahun 2012 Luar Biasa Bagi Falcao

Tuesday, January 8, 2013 | 10:27 PM


Bakat hasil yang diraihnya, bintang Atletico Madrid, Radamel Falcao, merasakan bahawa tahun 2012 adalah tahun yang luar biasa baginya. Menurutnya, kejayaan yang diraihnya itu tidak lepas dari bantuan dan sokongan dari rakan-rakan satu pasukan di Atletico Madrid.

Pada malam penghargaan Ballon d'Or 2012, penyerang dari Kolombia tersebut terpilih menjadi salah satu pemain dalam penghargaan FIFA Team of the Year atau skuad terbaik 2012 bersama 10 pemain La Liga yang lain.

"Ini adalah tahun yang luar biasa. Saya bersyukur kepada Tuhan sebab dipilih sebagai salah satu pemain dalam Team of the Year. Semua juga atas bantuan kawan-kawan di Athletico," kata Falcao, seperti diberitakan Soccerway.

Pemakai baju nombor sembilan itu juga menyatakan bahawa sokongan dari rakan-rakan di kelab sangatlah luar biasa. Dengan sokongan dan kerja sama dalam kelab, Falcao berharap dapat memberikan prestasi yang lebih baik bagi Atletico pada musim ini.

"Kami akan berusaha memberikan yang lebih baik dari tahun (2011) lalu, dimana kami berjaya menjuarai Piala Spanyol dan Europe League. Sekarang kami berada di posisi kedua di La Liga. Kami akan berjuang sehingga akhir," kata Falcao.

Bukan hanya dari rakan-rakan satu kelab, bekas penyerang Porto ini juga merasakan sokongan luar biasa dari para peminat di Kolombia. Dia merasa, sokongan tersebut turut membantunya meraih kejayaan pada tahun 2012. Atas sokongan tersebut, dia berharap dapat memberikan yang terbaik untuk negaranya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger