1News Online:
Home » , , » Van Persie pemain terbaik dan sempurna

Van Persie pemain terbaik dan sempurna

Thursday, January 3, 2013 | 4:02 AM



LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memuji penyerang Robin Van Persie dengan menyifatkan pemain itu 'sempurna' selepas bintang berusia 29 tahun itu yang bergandingan dengan Javier Hernandez membelasah Wigan 4-0 di Stadium DW, kelmarin.

Kedua-dua pemain itu masing-masing menjaringkan dua gol dan telah meledak 31 gol setakat ini.

Van Persie mengumpul 19 jaringan dengan 16 daripadanya adalah dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) semenjak menyertai United dari Arsenal dengan rekod perpindahan 22 juta pound (RM 109 juta).

"Robin adalah pemain yang sempurna, keupayaan dia mencipta ruang dan menjaringkan gol amat hebat.

"Gol pertamanya ternyata menarik... pusingan, imbangan dan pantas melakukan rembatan. Ia memang satu gol yang mengagumkan.

"Kami memang tahu dia seorang pemain yang bagus dan mampu memberikan perbezaan kepada pasukan, itulah sebabnya kami mendapatkan dia.

"Dia seorang pemain yang matang dan mempunyai banyak pengalaman dalam perlawanan antarabangsa di samping tujuh tahun bersama Arsenal, dia datang ke sini pada kemuncak permainannya, "kata Ferguson.

Hernandez pula menunjukkan kepantasan dengan memanfaatkan peluang pada kedua-dua jaringannya dan Ferguson cukup gembira dengan apa yang dilakukan oleh pemain muda Mexico tersebut.

"Chicarito seperti mana anda tahu semenjak hari pertama tiba di sini merupakan pemain yang bijak mencari peluang gol di dalam kotak penalti.

"Ini merupakan permulaan sempurna untuk tahun 2013 walaupun kami bermula perlahan pada awal permainan.

"Namun selepas kami mendapat gol pertama, lawan berada dalam keadaan tertekan dan apabila meraih jaringan kedua sebelum berakhir separuh masa pertama, ia satu kedudukan yang baik.

"Dua gol terakhir babak kedua terutama jaringan kedua peribadi Robin adalah gol yang menakjubkan, " kata Ferguson. - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger