1News Online:
Home » , » Vilanova kembali ke Barcelona

Vilanova kembali ke Barcelona

Saturday, January 5, 2013 | 7:38 AM




MADRID - Barcelona dijangka kembali mendapatkan khidmat jurulatih Tito Vilanova selepas beliau menjalani pembedahan akibat barah apabila Barca kembali ke saingan liga selepas cuti panjang menentang Espanyol.

Walaupun berita vinola kembali mengidap barah kelenjar liur, impak berita itu reda kerana cuti perayaan Krismas.

Selepas menjalani pembedahan, dia terlepas satu perlawanan ketika menang di padang lawan ke atas Valladolid di mana pembantunya, Jordi Roura mengendalikan pasukan dan Barcelona melebarkan rekod awal musim dengan mencatat kemenangan ke-16 daripada 17 perlawanan liga

Vilanova kembali ke padang latihan minggu ini di mana pemain pertahanan, Eric Abidal, yang juga bergelut dengan barah, kembali bersama pasukan.

"Tito dan Abidal adalah contoh kepada semangat perjuangan. Mereka adalah contoh yang perlu diikuti kerana masih tetap mahu membantu kelab dan rakan sepasukan.

"Mereka memberikan kami semangat dan tenaga untuk meneruskan selepas satu musim ke musim yang seterusnya dan terus berjaya. Kami berharap mereka sihat dan gembira," kata penjaga gol Victor Valdes.

Sementara itu, Real Madrid yang ketinggalan 16 mata di belakang Barcelona merombak bahagian pertahanan bagi menghadapi Real Sociedad akibat Pepe, Marcelo, Raul Albiol dan Fabio Coentrao cedera manakala Sergio Ramos digantung perlawanan.

Keputusan tidak menyenaraikan penjaga gol Iker Casillas pada perlawanan terakhir tahun 2012 menentang Malaga, mencetuskan khabar angin bahawa Jose Mourinho sudah kehilangan sokongan daripada pemain utama di bilik persalinan.

Pepe menghangatkan lagi keadaan apabila memberitahu akhbar di negaranya bahawa pemain Portugal di Sepanyol menjadi mangsa. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger