1News Online:
Home » , , » Wenger Kecewa Arsenal Kalah

Wenger Kecewa Arsenal Kalah

Thursday, January 3, 2013 | 4:00 AM



SOUTHAMPTON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kecewa dengan persembahan tidak konsisten Gunners dan mengkritik kekuatan mental pemainnya apabila kelabnya seri 1-1 dengan Southampton kelmarin, tiga hari selepas mencatatkan kemenangan terbesar 7-3 ke atas Newcastle United.

"Kami gagal mencipta banyak peluang gol hari ini selepas menjaringkan lima gol di Reading dan tujuh gol di Newcastle.

"Permainan kami seperti tiada hala tuju, kurang kelajuan dan kurang tekanan kepada lawan, semua kualiti yang sepatutnya ada ia tidak nampak pada hari ini.

"Ia cukup mengecewakan, tiada apa mampu dilakukan dalam aspek fizikal dan dalam perlawanan dengan pasukan seperti Southampton yang cukup bersemangat, saya rasa kami seperti kehilangan fokus.

"Tiada alasan mengapa kami beraksi buruk kerana kami bersiap sedia seperti biasa dan mungkin Southampton juga perlu diberikan pujian kerana mereka sentiasa mengejar kedudukan pemain Arsenal semasa menguasai bola, " katanya.

Gol penyamaan Arsenal diperolehi pada minit ke-41 menerusi sepakan bebas Theo Walcott sebelum pemain Southampton, Guly Do Prado menjaring gol sendiri tetapi secara keseluruhan, Walcott gagal menyerlah dalam perlawanan.

Sebelum itu, Southampton mendahului pada minit ke-35 akibat kerapuhan benteng Gunners apabila sepakan lemah Bacary Sagna, yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya, dapat dikawal oleh Jason Puncheon sebelum Gaston Ramirez menyepak masuk ke dalam gawang menewaskan Wojciech Szczesny.

Sementara itu, pengurus Southampton, Nigel Adkins, memuji persembahan skuadnya dan satu mata yang dipungut membawa pasukannya keluar daripada kelompok tiga pasukan terbawah mengatasi Wigan dengan perbezaan jaringan.

"Arsenal umpama kalah hari ini kerana Artur Boruc (penjaga gol Southampton) tidak melakukan apa-apa selain menyelamatkan satu percubaan dan kami banyak mencipta peluang.

"Ia menunjukkan sejauh mana kami mampu bermain kerana kami cukup lemah semasa kalah 6-1 kepada Arsenal di Emirates tetapi kami semakin matang dan secara taktikal, pemain telah menunjukkan komitmen yang tinggi, " kata Adkins. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger